Wednesday, June 24, 2009

terasa bahagia

Hari ini? aku kembali tersenyum dan tertawa. tentang hal aku berduka, aku biarkan saja. Melayan pn tak bagus untuk kesihatan diri. Pagi tadi, i went to work berbekalkan wirid doa. "Apa yg terjadi mmg pasti akan terjadi takdenyer nk the other way around, itu bak org english kata FATE. Semua yg berlaku hanya ujian. Allah menguji kita kerana DIA tahu kita mampu untuk diuji.". Sampai office, mulakan dengan mendengar lagu. carik lagu happy, lagu cinta, lagu jiwa. Mencari mood untuk bekerja. terjwb panggilan pagi, hati terhibur sebentar. Ada juga orang masih caring. terima kasih si pembeli nasi. Kembali focus pada kerja. di waktu tengah hari, gembira dapat makan. rasa macam dah beribu jam tak makan tengah hari. sampaikan bihun manis terasa sedap teramat. ya, aku gembira terhadap makanan. yg lain masih tak berubah. masih ada rasa tersingkir dan disingkir. siapalah aku, duduk jauh tak siapa nk update ape2. sekembali ke tempat duduk, aku tersenyum lagi. ada lagi orang realize aku masih bernafas di dunia yg penuh dengan kekecewaan. berbual sebentar walaupun tadi telah berjumpa. Bila menuju ke kereta, bibir masih tersenyum. iyalah, dah lama tak tersenyum gembira. hari ini, aku tawakkal. hari ini, aku bersyukur. Aku masih ada orang yg sayang. Alhamdulillah, walau bagi kau cerita ini tidak fun, tapi bagi aku ini titik permulaan untuk aku bangun dan kembali berperang. besok aku tak tahu apakan terjadi. apakah hari ini berulang untuk esok? aku harus ingat, tiap hari tak semesti membawa kegembiraan.

No comments: